Blogger Templates

27 May 2013

~Throwback --> Kenangan Konvokesyen UiTM 12-05-2013~

Hai kawan2 blogger ! (",) Senyum sikit ! Alololo tomeyy ! 

Hype korang semua ! Lama sudah tak berjumpa . Hari ni genap lah sebulan saya tidak menulis . Last update entry ni pada 27 April 2013 yang lalu dan sekarang 27 Mei 2013 . Hah , kan sebulan tu . Hehe . ;))

Saya tak mow cerita banyak di sini , sekadar mahu berkongsi sedikit kegembiraan saya pada hari yang begitu bermakna buat saya ---> Hari Jubah Diploma saya di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 12 Mei 2013 yang lalu .


Ini lah saya semasa di atas pentas . Dup dap dup dap nak naik pentas oii ! Hahaha !

Ada lagi gambar ! Gambar bersama family pulak . Jom tengok kat bawah ni . Kui kui kui . ;))


Hah , ni lah family saya . Tapi sayang , tak cukup lagi 2 orang adik lelaki dan perempuan saya . Sorang ada program dekat UMP , so dia tak dapat datang . Yang lagi sorang , cikgu dekat asrama dia tak bagi cuti sebab mid exam nak start . Hampeh punya cikgu , bagi la cuti sat . Huhu . Tapi dalam gambar ni yang pakai baju kaler hitam tu my cousin , not my sibling ok . Hehe . ;)



Ni je yang sempat bergambar dengan rakan2 seperjuangan saya masa diploma dulu . Tak dapat bergambar dengan semua . Masing2 sibuk dengan keluarga masing2 kan , lagi pun dengan cuaca yang panas terik lagi . Haissyhh , sabor ajelaahhh . Hehe .


From my cousin , thanks bro . :)


Dari pakngah saya , thanks pakngah . :)


Ok lah , rasanya dah tak ada apa yang nak dikongsikan lagi di sini . Hehe . Busy ni , nak buat assignment . Adoyaiy , naik cuti ni melambak test menanti . :) 

Orait , tata titi tutu semua ! ^_^

27 April 2013

busy baqq hang + mood konvo! ;)

Hai rakan2 blogger ku yang dikasihi sekalian.

Firstly , I want to ask you all's 'ni hao ma?' Ecececehhh , tak payah nak berbahasa mandarin sangat lah cik kak oi . Bahasa ketiga pown hang tak ambik lagi , tak payah berangan lah . Hahaha . Bukan apa lah kan , just teruja sebab kawan2 saya yang course lain dah ambik bahasa ketiga . Ceq ja belum ambik lagi . Takpa aihh , wait and see for semester 4 nanti . Uihhh , lama lagi tu ! Ceq tak sabaq dah ni aihh nak speaking Jerman ! Hahaha . Mengarut lah kau nih . Hihihi . Maklum lah , dah lama tak menulis kan . Sekali bila dah start menulis je , hah , ambek kau ! Tot tot tot tot macam machine gun dah ! Erk , apa kena mengena pulak dengan machine gun tuh ? Hahaha . 

Nih , ceq nak habaq kat hangpa la ni , bukan nak kata apa la weyh , tapi semenjak ceq study degree kat Shah Alam tu , uihhh , busy baqq hang taw tak ! Stressnya la hai ! Bukan apa la kan , Fakulti Sains Gunaan tu dah la tinggi nun di atas bukit . Hari2 kena mendaki . Memang tak ada laluan lain lah kan selain bukit . Sebelum sampai kelas dah buat exercise dulu awal2 pagi . Memang terbaiklah kan ! Huh ! Sabar syuhada oi . Hang tak boleh merungut nak belajar ni . Hang patut bersyukur sebab hang diberi peluang sambung belajar . Kawan2 hang yang tak dapat sambung tu lagi sedih . Depa kalau boleh , depa nak jugak sambung macam kita2 ni , tapi tak daq rezeki depa lagi . Mungkin rezeki depa ada kat tempat lain . Kita mana la tawu kan , Allah yang aturkan semua perjalanan kita ni . So , bersyukur lah ye . 

Amboi syuhada , sejak hang kawan dengan budak2 utara kat shah alam tu , hang pown dah terikot loghat sana ehhh . Hahaha .

Weyh2 , tak sabar nak konvo la weyh . 12 Mei 2013 nanti saya konvo diploma kat Uitm Shah Alam . Winkk2 . Kalau lah ada teman istimewa yang datang konvo saya ni memang syok la konvo nanti . Hahaha . Dapat bunga dari yang teristimewa . Cewaahh . Berangan aje lah kau nih . >_< Kui kui kui . Tak salah kan kalau berangan , mana lah tawu 1 hari nanti bila saya dah grad degree nanti , tup tup datang konvo dengan suami . Hahahak . ^_^ Dushh dushh . Apa kau mengarut nih ! Hahahahak !

Eh ok la weyhh , sampai sini dulu aje lah ye . Busy ni , ada kerja nak buat . Ada masa nanti saya sambung menulis lagi . Ok , papai semua olanggg . ;)

Assalamualaikum

08 March 2013

Alhamdulillah ! Akhirnya Berita Gembira ! :D

Apa khabar kawan2 semua . Harap korang sihat sejahtera . :)

Hari ni saya nak kongsi kan berita gembira buat korang semua . Pada tanggal 8 March 2013 , saya telah terima surat tawaran penerapan UiTM jurusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Persekitaran di Shah Alam . Entry yang sebelum ni saya ada kasi tahu korang yang saya sedih tak dapat degree , tapi alhamdulillah untuk yang rayuan punya ni saya dapat . Rasanya lari bidang masa saya diploma dulu . Masa diploma saya ambil jurusan Diploma Pengurusan Ladang . Haissh . Risau meyhh . Boleh buat ke tidak ek jurusan ni nanti . Hehe . 

*Kau kena yakin kau boleh bawak course tu Cik Syuhada oi* >_<

Tapi rakan2 seperjuangan saya masa diploma dulu dapat course sama kat Shah Alam jugak . Saya aje dapat course lain . Tapi takpe lah , at least boleh jumpa kawan2 lama balik kan walaupun berlainan course . kan kan ? 

*nak sedapkan hati je , padahal tengah sedih sebab dapat course lain* ;(

Tapi kan ok jugak dapat kat Shah Alam tu , nanti konvo bulan 5 senang lah . Sebab dah memang ada kat sana . Hihi . 

Errmm , tapi kesian kat kawan2 saya yang sama2 buat rayuan tak berjaya . Hmm , hope korang sabar & tabah ye . Jangan sesekali berputus asa . Ada hikmah disebalik semua ni . Rezeki tu ada kat mana2 , cuma cepat atau lambat je . Chaiyookk buat kawan2 saya ! :) Korang jangan sedih2 ye . InsyaAllah akan ada peluang dan rezeki untuk korang sambung study . :)

Takde apa nak cerita lagi kat sini . Nantikan entry seterusnya . Opps , mungkin bila saya dah sampai Shah Alam , saya takde masa nak update blog lagi kot . Tapi takpe , saya akan curi2 masa yang ada untuk update apa jua cerita walaupun cerita saya tak menarik . Huhu . Okay , tata titi tutu .

Assalamualaikum *__*



gambar ni sekadar hiasan saja . takda kena mengena dengan entry pown . hahak . :D

03 March 2013

Welcome March ! ! :)

Hai rakan-rakan blogger sekalian ^__^

Apa khabar semua ? Harap sihat walafiat . Bagi sahabat2 blogger yang kurang sihat seperti demam or whatever , jangan lupa makan ubat dan jaga kesihatan you all's . Yelah kan , cuaca sekarang pown tak menentu . 

Okey , di awal March yang mulia ini iaitu pada 2 March 2013 ini adalah Birthday saya ! :) Saja nak kasi tahu . Haha . Padahal dah lepas beberapa minit yang lalu . I mean , minit yang lalu tu waktu saya update entry ni . If hangpa baca entry ni , may be an hour ago , a few hours ago , a day ago , a week ago or a month ago . Ecehh . Berapa banyak ago daaa . :P 

Hmm , tak ada apa yang nak diceritakan sangat dalam entry kali ni . Let's Pray For Lahad Datu . Sedih dengan kejadian pertumpahan darah di Lahad Datu pada 1 March 2013 . :'(

Nak kasi tahu hangpa lagi , hari ni 3 March 2013 Birthday seseorang yang pernah rapat dengan saya suatu ketika dahulu . *lelaki*

But now , he's recruit at Port Dickson for 6 months . I hope you will be successful . :)

Hehe . Ok , saya berhenti setakat ni je taw . Tak ada idea sebenarnya , tapi mahu update jugak . ;))

Ada gambar untuk korang teka apakah yang ada disebalik patung-patung tersebut ? ? :D

Hah ! Teka ! Teka ! ~__~

Jika tak jelas , sila klik pada gambar tersebut !



^_^


Okey ! Sayonara ! Jumpa lagi !


22 February 2013

Warna ? Apakah Makna Dan Rahsia Di Sebalik Warna ?


Hai pembaca2 sekalian

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat adik perempuan saya pada hari ni 22 Februari yang ke - 17 ! Hihi . Sweet Seventeen Sayang ! Tahun ni SPM kan , belajar rajin-rajin ! Hihi . Kepada adik-adik blogger yang bakal duduki SPM tahun ni akak doakan kejayaan korang ye ! :))

Kalian apa khabar ? Harap sihat-sihat belaka noo . Hehe . Entry saya kali ini ialah mengenai warna . Terlebih dahulu , saya ingin menjelaskan sedikit apa itu warna . Warna adalah merupakan kurniaan Tuhan yang diciptakan sebagai salah satu bentuk keindahan dunia iaitu warna yang dicipta daripada pelbagai campuran yang ada di alam ini . Warna juga amat penting dalam kehidupan kita memandangkan ia sentiasa mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian dan kadang-kala ia mampu memberikan mood kepada si pemakai . Selain itu , warna juga mampu mengubah perasaan serta mempengaruhi pemikiran orang yang menghadapinya . Oleh itu , kita perlu mengetahui maksud warna itu sendiri . Okay , cukup penjelasan tentang apa itu warna .

Korang yang dah selesai baca entry ni boleh lah tinggalkan jejak or komen di bawah warna apa yang korang suka . Hihi . Okay , teruskan . Di sini , saya nak kasi tahu korang makna di sebalik warna putih , ungu , biru , jingga , merah , hijau , hitam , kuning , merah jambu dan coklat . Sekiranya entry saya ni takde warna pilihan hati korang , harap maaf yer . kih kih kih . ;)


UNGU

Warna nombor satu pilihan hati si penulis ni adalah warna ungu a.k.a purple . Jelas ? Hihi . Melalut je lebih . Dah2 , cepat kasi tahu makna di sebalik warna purple tu . Hihi . Warna ungu a.k.a purple ni adalah merupakan campuran antara warna merah dan biru . Haha . *Ape lah , warna campuran tu pown nak kasi tahu jugak ke ? Apa , hang ingat pembaca tak reti ke pasal campuran warna tu ?* Hihi , saja nak kasi sedap sikit intro mengenai warna ungu kegemaran ceq ni hahh ! ;)) Aihhh , dok melalut apa lagi ! Hihihi . Maap yer pembace2 ku sekalian . Okay macam ni , warna ungu ni melambangkan kegembiraan , kekuatan dan penuh semangat . Ada jugak pakcik google kasi tahu maksud ungu ni melambangkan kewanitaan dan keibuan . Hah ? Betul ke ? Hihi . Selain tu , warna ungu juga warna yang penuh emosi . Emosi yang macam mana pulak tu ? kih kih kih . ;)) Kepada si pemakai yang suka memakai pakaian berwarna ungu adalah suka memerhati serta mempunyai pelbagai personaliti . Ia juga merupakan seorang yang bertolak ansur , bijak dan berbudi bahasa . Ada siapa2 tak yang suka warna purple macam saya ? Hahahak . :D


BIRU

Seterusnya warna biru pulak . Ok , sapa kat sini suka warna biru angkat tangan ! Hahaha . Warna biru ni merupakan warna asas dan warna sejuk . Makna di sebalik warna biru adalah seorang yang menenagkan , sentiasa mengambil berat tentang orang lain dan cool . Sebab tu warna biru dikatakan warna sejuk , sebab dia cool . ceewwaahh . hahaha . Tapi kebanyakan lelaki memang suka warna biru kan ? Betul tak ? Kalau tak betul , ketuk kepala saya cepat . Hihi . Eh , jangan2 , gurau2 meyhh . Kih Kih Kih . ;) Ada nak kena cepuk kang . Melalut lagi . Wey , banyak lagi warna yang nak mintak penjelasan tu cik kak oi . Udah2 ler tu melalut . Hahaha .


JINGGA

Lagi saya mahu cerita warna jingga pulak . Hihi , cakap pasal warna jingga ni , rasanya tak ramai yang berani menonjolkan diri dengan pemakaian yang berwarna jingga ni kan ? Adakah saya salah mentafsir lagi ? Hahaha , janganlah cepuk saya lagi . Kih Kih Kih . ;)) Warna jingga ni adalah merupakan warna yang spontan dan berani . Warna ini juga merupakan warna terang yang mewakili kegembiraan seperti warna matahari yang sentiasa memberikan harapan dan sinar dalam kehidupan kita seharian . Hihi . Malah , si pemakai warna jingga ini memiliki personaliti yang optimis dan sentiasa riang . ;))


MERAH

Okay , kita teruskan dengan warna merah . Rasanya peminat warna merah ni memang ramai terutama sekali kaum lelaki . Betul kan ? Yelah kan , masa korang kecik2 dulu , beli kereta control mesti nak warna merah kan ? Hahaha . Jangan nak tipu laaa , cepat ngaku . Hihihi . Tak nak mengaku konon . Hahaha . Never mind . ;)) Ok , tak nak melalut banyak2 , kasi terus terang saja makna warna merah . Warna merah merupakan seorang yang berani dan romantis serta bersimbol aktif . *Auww , romantik gitu . Hahaha . * Warna merah ni juga dilihat sebagai warna yang bersemangat dan bercita-cita tinggi . Malah , merupakan simbol cinta dan marah . Full stop cerita pasal merah . Tak boleh lebih2 . :D


HIJAU

Warna hijau pulak okay ! Saya nak kasi tahu kawan2 , saya ex student ladang ! Saya selalu bercakap , bermain  , bergurau  , bermanja , bermesra  , bertepuk-tampar dan ber’whatever’ lagi lah dengan tumbuh-tumbuhan . Saya juga suka shoot gambar natural seperti tumbuhan , pemandangan dan whatever lah . Hihi . ;)) Warna hijau ni menimbulkan unsur hidup , segar , alam dan kesuburan . Bagi si pemakai warna hijau pastinya anda mengutamakan kesihatan dan alam kan ? Pencinta alam gitu . Hihi . Warna hijau juga merupakan warna yang harmoni dan seimbang , menenangkan dan aman , penyayang , jujur dan bertanggungjawab . Habis pun cerita pasal warna hijau .


HITAM

Hitam ? Dengar pown dah terasa gelap . Okay , menurut pakcik google , warna hitam adalah warna sedih ? Betul ke ? Tapi warna hitam jugak dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan , kengerian dan penuh kerahsiaan . Issyhh , rasa macam menakutkan saja ! Tapi kan , hitam itu memang menawan lah ! Hahaha . Kepada si pemakai warna hitam sebenarnya seorang yang kurang berani tapi suka menampakkan dirinya hebat . Yeke ? Tapi tak semua orang macam tu kan . Ini hanyalah tafsiran saja . ;))


KUNING

Ada lagi 3 warna , third last warna ialah warna kuning . Warna kuning ni ialah warna matahari . Warna ni lebih optimis dan moden . Ia juga melambangkan kegembiraan , penuh semangat dan riang . Sifat girang orang yang menyukai  warna kuning ni akan menyebabkan kita ceria . Betul kan ! Bila kita kawan dengan orang yang suka warna kuning ni , yang selalu girang ni buatkan kita rasa tempias sekali dan membuatkan kita ceria . Hihi . Menurut saya lah kan . Hahaha . :D Oppss , lagi satu , si pemakai warna kuning ni lebih gemar mengikut peraturan  dan bersifat kekeluargaan . *skema gitu ^_^ *


MERAH JAMBU

Second last adalah warna merah jambu . Eee , saya tak berapa suka sangat warna merah jambu a.k.a pink ni . hahaha . *Katanya pink ni gedik lah kononnya . Cehh . ;)) * Warna pink ni adalah warna yang lembut dan penuh kewanitaan . Habis saya ni bukan wanita ke ? Yelah , sebab tak berapa suka kaler pink . Hahahaha . ;)) Dengan kelembutan yang ada , merah jambu mendefinisikan kesensitifan hati , yang sentiasa melindungi dan menyayangi .  Tapi , warna pink ni jugaklah ramai orang perempuan yang suka .


COKLAT

Okay , tak nak banyak cakap , last sekali warna coklat . Warna coklat ni merupakan warna natural, neutral bumi . Coklat melambangkan seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai kesihatan serta fizikal yang baik . Ia merupakan symbol menyenangkan dan kepuasan serta kejujuran . Hah , sapa kat sini suka makan coklat ? Angkat tangan cepat , nak kira berapa orang . Hahaha . Okay , cukup cerita pasal kaler . Kih kih kih . ;)

Jari ni pown dah penat menekan keyboard . So , saya rasa mahu berhenti setakat ni . Ada masa kita berjumpa lagi di post akan datang . Terima kasih jugak sebab sudi baca . Hihi .  ;))

Ada sedikit pantun untuk korang :

Pecah kaca pecah cermin,
Sudah baca tinggalkan lah komen

*err , tapi kaca dengan cermin sama ke ? haha . abaikan .*

21 February 2013

Kenalan , Rakan , Kawan dan Sahabat ?

Hai kawan-kawan ku sekalian (",)

Bertemu kembali bersama saya di entry kali ni . Hihi . Baca tajuk entry saja pasti anda tertanya-tanya apakah isi yang bakal saya kongsikan pada hari ni . Hahaha .

Macam ni , saya mahu jelaskan apakah perbezaan di antara kenalan , rakan , kawan dan sahabat . Hihi . bukan teman istimewa ye . Jangan salah faham . Hahahak . Gurau-gurau meyhh . Kih kih kih . ;) 

*suke la tuu cakap pasal teman istimewa a.k.a kekasih hati* 

Hahahak . Biasa lah tu kan . Manusia ada hati dan perasaan ingin berkasih sayang . Hihik . Eh , apa aku melalut cakap pasal ehem-ehem ni . Lari topik meyhh . kan tadi nak bincang pasal perbezaan kawan . Hahaha . :D

Okay , Macam ni lah , pertama sekali saya nak kasi tahu anda semua mengenai kenalan . Kenalan  mungkin wujud sebagai rakan . Contohnya rakan chatting , rakan siber dan rakan blogger . Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu , maka dia adalah kenalan . Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya . Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana di luar alam siber , mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet . 

*hihi , so hati-hati lah yer , jangan terlalu mudah percaya dengan kenalan melalui siber ni . sekadar mahu mengingkatkan sahaja*

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka , masalah mereka kepada menerusi ruangan komen , e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet , tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan , tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat , idea dan penyelesaian masalah . 

*okay , cukup penjelasan tentang kenalan , sekarang teruskan penjelasan tentang rakan pula*

Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan . Rakan ialah orang yang berkongsi minat , kerjaya , hobi , permainan , guru , kelas , matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan , kelab , syarikat , pertubuhan dan sebagainya . Contohnya , ada rakan satu tingkatan , rakan satu sekolah , rakan satu kelab dan sebagainya .

 *hehe , jelaskan maksudnya ?*

Rakan juga biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama . Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas , boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan , bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak , dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya .

Ada rakan yang rapat , ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat , ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan , dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan . Inilah namanya rakan . Hihi . ;)

Habis dah cerita pasal rakan , kita cerita pasal kawan pulak eh . Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat , hobi , perasaan , perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama . Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya . Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain , yang memiliki persamaan seperti hobi , minat , sikap , tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya . Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan . Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan , tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu . Malah , sekiranya tidak sependapat , hubungan kawan mungkin boleh terputus . Kan ? Kadang-kadang hubungan kawan ni boleh putus . ye tak ? Tak macam sahabat . Hihi .

Akhir sekali cerita pasal sahabat  . Sahabat adalah seorang yang setiakawan , boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan , meredakan kesedihan , menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita . Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita . Mereka akan sentiasa melindungi kita . 

*sahabat lah orang yang paling rapat dengan kita kan , yang boleh kongsi cerita*
Sahabat juga tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita , tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya . Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama , sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan . Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita .Sahabat kadangkala adalah penjaga , pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita .

Hehe , anda semua jelas dengan isi yang saya sampaikan di atas ? Haha . Nampaknya entry kali ni macam terlebih panjang lah pulak . Nak stop menulis lah macam ni . Kita sambung di episod akan datang dengan entry ? ? Hah ! Entry apa pulak ? Haha . Biarlah Rahsia . Kui Kui Kui . ;) Tapi ingat ! Kita jangan jadi seorang kawan yang makan kawan . Hah , maksudnya bukan orang makan orang taw . maksudnya , kawan yang korang harapkan or yang yang baik dengan korang sanggup menikam korang tanpa korang sedar dan dengan sengaja untuk kepentingan diri dia sendiri . Itu lah namanya kawan makan kawan . Okay lah , berhenti di sini dahulu . Babaiii . ;)) 

.:Jumpa lagi:.







19 February 2013

Blog ? Aku Ada ! Kau Ada ? ^_^


Hai buat semua yang datang menyinggah di blog saya . :D

First of all, saya nak mengucapkan terima kasih pada siapa2 yang sudi menyinggahkan mata dan hati anda untuk membaca post2 saya ni . kalau tak baca but singgah lalu pown takpe , asalkan anda2 semua singgah la jugak kan . kih kih kih . ;) *mereng kejap*

Apa , hang ingat ni perhentian ka mahu singgah2 ? ahahahak . :D

Hah , cakap pasal blog ni , hihihi . apa yang aku nak cakap ni . *garu2 kepala sambil fikir idea* #_~

Dah2 , teruskan omelan anda . hihi . yang sebenarnya nak kasi tahu blog saya ni dah 2 tahun 1 bulan 10 hari . tu je nak cakap . hahaha . sepatutnya saya wish birthday kat blog saya ni masa 11 Januari hari tu , tapi saya terlupa . kan dah terlewat 1 bulan 10 hari . aishh , kesian blog saya ni . takpe lah , saya sudah kasi upgrade sama kamu sudah cukup lah yer . hihi . bagi siapa2 yang dah pernah singgah blog saya mesti tahu apa perubahannya kan ? siapa2 yang tak lalu tu buat2 tak paham jelah yer . kih kih kih . first time saya kenal dan teringin sangat2 nak ada blog masa saya semester 3 pada tahun 2011 yang lalu . masa tu saya tak ingat pasal apa tah yang buatkan saya tetiba rasa teringin nak ada blog jugak . hihi . mula2 saya just sign up blog saja suka2 . maklumlah , mula2 guna tak reti sangat nak hias2 dan memperkemas lagi blog ni . pakai cincai je masa tu . nasib baiklah ada sorang housemate yang kaki blogging ni baik hati betul nak tolong saya cara2 nak guna blog . haha . lama2 pandai pown saya guna . tapi tak lah sehebat manusia2 lain yang gempak2 lagi blog depa . blog saya ni biasa2 aje . simple2 meyhh . asal sedap mata memandang udah ler . ye tak ? hehe .

Hangpa kalau lalu blog saya ni tinggalkan lah jejak korang dekat shout box saya belah kanan tu . sekurang2nya tahu la jugak saya siapa yang mai singgah . lagi satu , dah singgah tu jangan lupa follow lah yer . hihi .

Yang sebenarnya tujuan blog ni ada banyak . ada jugak blog yang buat business punya . tapi saya punya blog ni sekadar suka-suki meluahkan rasa or bercerita sahaja . bagi hangpa mungkin tak menarik kot . hahaha . yelah kan , blog biasa2 aje . hihihi . followers pun tak ramai , tak sampai seratus pown lagi . :P

Masing2 punya cita rasa kan , so , suka hati lah nak hias lagu mana . ye tak ? ;))

Alamak , kering idea lah pulak . hihi . ok , nanti kita jumpa lagi ye . Assalamualaikum . :))



17 February 2013

Terasa Mahu Menulis (",)


Hype, hari ni pada 17 februari aku terasa mahu menulis lagi.. hihi.. walaupun entah pape yang aku dok mengarut, tapi aku tetap mahu menulis jugak.. mahu mengurangkan rasa kebosanan yang melanda diri ini.. ceewahhh.. siapakah yang sudi mahu jadi peneman hati ini?? hahahakk.. gurau2 meyhh... ;))

Eh, hari ni aku menulis tidak meggunakkan kata ganti nama 'saya' lah.. oppsss.. hehehe.. takpe, untuk meluahkan rasa hati yang terpendam ini tak kisah pown nak guna kata ganti nama 'aku' kan, macam instrumental kat blog ku ini yang berjudul "Pendam nyayian Syahir".. hehehe... :)

Rasanya takde kot orang yang nak baca blog aku ni.. hahak.. kalau ada pown terima kasih jelah eakk.. hihi.. yelah kan, sebab sudi meluangkan sedikit masa dengan mencuri2 baca isi kandungan a.k.a luahan hati si penulis yang meminati warna purple sebagai warna kegemaran... kalau boleh, semua barang nak warna purple tak kira apa pown, warna purple tu mesti ada kan.. hahaha.. memang tak boleh dipisahkan dari purple betul lah.. kalau korang perasan, blog ni berwarna purple kan.. everything kaler purple kan? tak caya?? hang p lah tengok!! hahahaha... :D

Aku bab2 menulis ni lemah sikit, konon ayat nak buat macam dalam novel, tapi tak jadi, berangan nak jadi penulis, ceh, hak tuihh.... hahaha... aku ni minat membaca novel tapi tak berapa minat menulis.. mujurlah SPM Bahasa Melayu dapat A1.. itu pun kerana terpaksa juga ku gagahkan diri ini mereka2 isi kandungan untuk dijadikan karangan semasa peperiksaan berlangsung walhal kepala otak ku sudah tidak larat mahu memerahkan idea.. rasa mahu lari je dari dewan peperiksaan tu.. hahaa..

#Oppss, ketandusan idea lah pulak... idea2, mari2, datang lah dekat saya... :)

ok lah, penat memikirkan idea, tapi tak datang2 jugak idea nih.. ke mana lah perginya idea ni.. hehe.. hmm, sampai sini dulu jelah eh.. kalau idea ni dah datang, aku akan sambung menulis lagi.. nantikan episod seterusnya.. hihihi.. ok, babai, assalamualaikum pembaca2 sekalian... :)


16 February 2013

.:Bosan Tahap Gaban:. ^^,

Buat kawan2 semua~ :)

hai, kita berjumpa lagi dibulan februari pada tahun 2013.. first update blog pada tahun 2013.. hihi.. ;)
tahun ni jugak lah umur ku sudah hampir ke 22 tahun.. tak lama je tu.. berapa minggu je lagi.. hihihikk... ada sapa2 nak kasi saya hadiah tak?? haha... :D kalau ada tangan yang memberi, tangan saya ni sudi menerimanya.. kih3.. ;))

hmmm, tahun lepas kawan2 saya dah ramai yang kawen.. saya ni?? belum ada calon lagi.. haha.. sapa lah nak kawen dengan saya.. tahun ni pown ada jugak kawan2 sekolah yang dah kawen.. kih3.. ada yang dah bertunang.. haha.. tahniah la buat kawan2 saya yang dah bertunang, berumah tangga, yang berbadan dua or sapa2 yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, tahniah buat korang semua.. kalau dah tiba giliran saya pulak, saya akan jemput korang semua makan nasik minyak...
*cehh, macam dah ada calon je kan.. kih3.. ;))*

#eh apa aku ni cakap pasal kawen pulak?? dah tak sabar nak kawen ke?? hihihikk...

maklumlah, takde keje nak buat.. bosan tahap gaban.. tu yang dok mengarut cakap pasal kawen.. hahahaa.. APTB... :P

huhuhu... kawan2 saya yang dekat UiTM Kuala Pilah tu ramai yang dapat sambung degree.. dorang semua dapat kt Shah Alam.. saya tak dapat pown.. sedih3.. :(

ni tengah tunggu yang rayuan punya, kalau tak dapat jugak, mungkin rezeki saya ada kat tempat lain, cuma cepat atau lambat je kan.. takpe, ada je rezeki tu kat mana2 kan..

hmmm, nak mengarut apa lagi ek kat post ni.. saja nak kasi panjang lebar sikit post kali nih.. haha.. takde keje ekh??

okay lah, sampai sini je dulu eah.. dah malas nak menaip.. huhu...