Blogger Templates


21 February 2013

Kenalan , Rakan , Kawan dan Sahabat ?

Hai kawan-kawan ku sekalian (",)

Bertemu kembali bersama saya di entry kali ni . Hihi . Baca tajuk entry saja pasti anda tertanya-tanya apakah isi yang bakal saya kongsikan pada hari ni . Hahaha .

Macam ni , saya mahu jelaskan apakah perbezaan di antara kenalan , rakan , kawan dan sahabat . Hihi . bukan teman istimewa ye . Jangan salah faham . Hahahak . Gurau-gurau meyhh . Kih kih kih . ;) 

*suke la tuu cakap pasal teman istimewa a.k.a kekasih hati* 

Hahahak . Biasa lah tu kan . Manusia ada hati dan perasaan ingin berkasih sayang . Hihik . Eh , apa aku melalut cakap pasal ehem-ehem ni . Lari topik meyhh . kan tadi nak bincang pasal perbezaan kawan . Hahaha . :D

Okay , Macam ni lah , pertama sekali saya nak kasi tahu anda semua mengenai kenalan . Kenalan  mungkin wujud sebagai rakan . Contohnya rakan chatting , rakan siber dan rakan blogger . Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu , maka dia adalah kenalan . Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya . Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana di luar alam siber , mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet . 

*hihi , so hati-hati lah yer , jangan terlalu mudah percaya dengan kenalan melalui siber ni . sekadar mahu mengingkatkan sahaja*

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka , masalah mereka kepada menerusi ruangan komen , e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet , tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan , tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat , idea dan penyelesaian masalah . 

*okay , cukup penjelasan tentang kenalan , sekarang teruskan penjelasan tentang rakan pula*

Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan . Rakan ialah orang yang berkongsi minat , kerjaya , hobi , permainan , guru , kelas , matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan , kelab , syarikat , pertubuhan dan sebagainya . Contohnya , ada rakan satu tingkatan , rakan satu sekolah , rakan satu kelab dan sebagainya .

 *hehe , jelaskan maksudnya ?*

Rakan juga biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama . Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas , boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan , bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak , dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya .

Ada rakan yang rapat , ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat , ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan , dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan . Inilah namanya rakan . Hihi . ;)

Habis dah cerita pasal rakan , kita cerita pasal kawan pulak eh . Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat , hobi , perasaan , perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama . Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya . Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain , yang memiliki persamaan seperti hobi , minat , sikap , tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya . Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan . Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan , tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu . Malah , sekiranya tidak sependapat , hubungan kawan mungkin boleh terputus . Kan ? Kadang-kadang hubungan kawan ni boleh putus . ye tak ? Tak macam sahabat . Hihi .

Akhir sekali cerita pasal sahabat  . Sahabat adalah seorang yang setiakawan , boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan , meredakan kesedihan , menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita . Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita . Mereka akan sentiasa melindungi kita . 

*sahabat lah orang yang paling rapat dengan kita kan , yang boleh kongsi cerita*
Sahabat juga tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita , tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya . Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama , sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan . Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita .Sahabat kadangkala adalah penjaga , pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita .

Hehe , anda semua jelas dengan isi yang saya sampaikan di atas ? Haha . Nampaknya entry kali ni macam terlebih panjang lah pulak . Nak stop menulis lah macam ni . Kita sambung di episod akan datang dengan entry ? ? Hah ! Entry apa pulak ? Haha . Biarlah Rahsia . Kui Kui Kui . ;) Tapi ingat ! Kita jangan jadi seorang kawan yang makan kawan . Hah , maksudnya bukan orang makan orang taw . maksudnya , kawan yang korang harapkan or yang yang baik dengan korang sanggup menikam korang tanpa korang sedar dan dengan sengaja untuk kepentingan diri dia sendiri . Itu lah namanya kawan makan kawan . Okay lah , berhenti di sini dahulu . Babaiii . ;)) 

.:Jumpa lagi:.







1 comment:

  1. saya suka ungu! hehehe. best jadi peminat ungu ni rupanya. jenguk lah blog saya ek,suka blog ungu awak. nice.. :)

    http://bookofpossibility.blogspot.com/

    ada entri baru :D

    ReplyDelete