Blogger Templates

22 February 2013

Warna ? Apakah Makna Dan Rahsia Di Sebalik Warna ?


Hai pembaca2 sekalian

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat adik perempuan saya pada hari ni 22 Februari yang ke - 17 ! Hihi . Sweet Seventeen Sayang ! Tahun ni SPM kan , belajar rajin-rajin ! Hihi . Kepada adik-adik blogger yang bakal duduki SPM tahun ni akak doakan kejayaan korang ye ! :))

Kalian apa khabar ? Harap sihat-sihat belaka noo . Hehe . Entry saya kali ini ialah mengenai warna . Terlebih dahulu , saya ingin menjelaskan sedikit apa itu warna . Warna adalah merupakan kurniaan Tuhan yang diciptakan sebagai salah satu bentuk keindahan dunia iaitu warna yang dicipta daripada pelbagai campuran yang ada di alam ini . Warna juga amat penting dalam kehidupan kita memandangkan ia sentiasa mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian dan kadang-kala ia mampu memberikan mood kepada si pemakai . Selain itu , warna juga mampu mengubah perasaan serta mempengaruhi pemikiran orang yang menghadapinya . Oleh itu , kita perlu mengetahui maksud warna itu sendiri . Okay , cukup penjelasan tentang apa itu warna .

Korang yang dah selesai baca entry ni boleh lah tinggalkan jejak or komen di bawah warna apa yang korang suka . Hihi . Okay , teruskan . Di sini , saya nak kasi tahu korang makna di sebalik warna putih , ungu , biru , jingga , merah , hijau , hitam , kuning , merah jambu dan coklat . Sekiranya entry saya ni takde warna pilihan hati korang , harap maaf yer . kih kih kih . ;)


UNGU

Warna nombor satu pilihan hati si penulis ni adalah warna ungu a.k.a purple . Jelas ? Hihi . Melalut je lebih . Dah2 , cepat kasi tahu makna di sebalik warna purple tu . Hihi . Warna ungu a.k.a purple ni adalah merupakan campuran antara warna merah dan biru . Haha . *Ape lah , warna campuran tu pown nak kasi tahu jugak ke ? Apa , hang ingat pembaca tak reti ke pasal campuran warna tu ?* Hihi , saja nak kasi sedap sikit intro mengenai warna ungu kegemaran ceq ni hahh ! ;)) Aihhh , dok melalut apa lagi ! Hihihi . Maap yer pembace2 ku sekalian . Okay macam ni , warna ungu ni melambangkan kegembiraan , kekuatan dan penuh semangat . Ada jugak pakcik google kasi tahu maksud ungu ni melambangkan kewanitaan dan keibuan . Hah ? Betul ke ? Hihi . Selain tu , warna ungu juga warna yang penuh emosi . Emosi yang macam mana pulak tu ? kih kih kih . ;)) Kepada si pemakai yang suka memakai pakaian berwarna ungu adalah suka memerhati serta mempunyai pelbagai personaliti . Ia juga merupakan seorang yang bertolak ansur , bijak dan berbudi bahasa . Ada siapa2 tak yang suka warna purple macam saya ? Hahahak . :D


BIRU

Seterusnya warna biru pulak . Ok , sapa kat sini suka warna biru angkat tangan ! Hahaha . Warna biru ni merupakan warna asas dan warna sejuk . Makna di sebalik warna biru adalah seorang yang menenagkan , sentiasa mengambil berat tentang orang lain dan cool . Sebab tu warna biru dikatakan warna sejuk , sebab dia cool . ceewwaahh . hahaha . Tapi kebanyakan lelaki memang suka warna biru kan ? Betul tak ? Kalau tak betul , ketuk kepala saya cepat . Hihi . Eh , jangan2 , gurau2 meyhh . Kih Kih Kih . ;) Ada nak kena cepuk kang . Melalut lagi . Wey , banyak lagi warna yang nak mintak penjelasan tu cik kak oi . Udah2 ler tu melalut . Hahaha .


JINGGA

Lagi saya mahu cerita warna jingga pulak . Hihi , cakap pasal warna jingga ni , rasanya tak ramai yang berani menonjolkan diri dengan pemakaian yang berwarna jingga ni kan ? Adakah saya salah mentafsir lagi ? Hahaha , janganlah cepuk saya lagi . Kih Kih Kih . ;)) Warna jingga ni adalah merupakan warna yang spontan dan berani . Warna ini juga merupakan warna terang yang mewakili kegembiraan seperti warna matahari yang sentiasa memberikan harapan dan sinar dalam kehidupan kita seharian . Hihi . Malah , si pemakai warna jingga ini memiliki personaliti yang optimis dan sentiasa riang . ;))


MERAH

Okay , kita teruskan dengan warna merah . Rasanya peminat warna merah ni memang ramai terutama sekali kaum lelaki . Betul kan ? Yelah kan , masa korang kecik2 dulu , beli kereta control mesti nak warna merah kan ? Hahaha . Jangan nak tipu laaa , cepat ngaku . Hihihi . Tak nak mengaku konon . Hahaha . Never mind . ;)) Ok , tak nak melalut banyak2 , kasi terus terang saja makna warna merah . Warna merah merupakan seorang yang berani dan romantis serta bersimbol aktif . *Auww , romantik gitu . Hahaha . * Warna merah ni juga dilihat sebagai warna yang bersemangat dan bercita-cita tinggi . Malah , merupakan simbol cinta dan marah . Full stop cerita pasal merah . Tak boleh lebih2 . :D


HIJAU

Warna hijau pulak okay ! Saya nak kasi tahu kawan2 , saya ex student ladang ! Saya selalu bercakap , bermain  , bergurau  , bermanja , bermesra  , bertepuk-tampar dan ber’whatever’ lagi lah dengan tumbuh-tumbuhan . Saya juga suka shoot gambar natural seperti tumbuhan , pemandangan dan whatever lah . Hihi . ;)) Warna hijau ni menimbulkan unsur hidup , segar , alam dan kesuburan . Bagi si pemakai warna hijau pastinya anda mengutamakan kesihatan dan alam kan ? Pencinta alam gitu . Hihi . Warna hijau juga merupakan warna yang harmoni dan seimbang , menenangkan dan aman , penyayang , jujur dan bertanggungjawab . Habis pun cerita pasal warna hijau .


HITAM

Hitam ? Dengar pown dah terasa gelap . Okay , menurut pakcik google , warna hitam adalah warna sedih ? Betul ke ? Tapi warna hitam jugak dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan , kengerian dan penuh kerahsiaan . Issyhh , rasa macam menakutkan saja ! Tapi kan , hitam itu memang menawan lah ! Hahaha . Kepada si pemakai warna hitam sebenarnya seorang yang kurang berani tapi suka menampakkan dirinya hebat . Yeke ? Tapi tak semua orang macam tu kan . Ini hanyalah tafsiran saja . ;))


KUNING

Ada lagi 3 warna , third last warna ialah warna kuning . Warna kuning ni ialah warna matahari . Warna ni lebih optimis dan moden . Ia juga melambangkan kegembiraan , penuh semangat dan riang . Sifat girang orang yang menyukai  warna kuning ni akan menyebabkan kita ceria . Betul kan ! Bila kita kawan dengan orang yang suka warna kuning ni , yang selalu girang ni buatkan kita rasa tempias sekali dan membuatkan kita ceria . Hihi . Menurut saya lah kan . Hahaha . :D Oppss , lagi satu , si pemakai warna kuning ni lebih gemar mengikut peraturan  dan bersifat kekeluargaan . *skema gitu ^_^ *


MERAH JAMBU

Second last adalah warna merah jambu . Eee , saya tak berapa suka sangat warna merah jambu a.k.a pink ni . hahaha . *Katanya pink ni gedik lah kononnya . Cehh . ;)) * Warna pink ni adalah warna yang lembut dan penuh kewanitaan . Habis saya ni bukan wanita ke ? Yelah , sebab tak berapa suka kaler pink . Hahahaha . ;)) Dengan kelembutan yang ada , merah jambu mendefinisikan kesensitifan hati , yang sentiasa melindungi dan menyayangi .  Tapi , warna pink ni jugaklah ramai orang perempuan yang suka .


COKLAT

Okay , tak nak banyak cakap , last sekali warna coklat . Warna coklat ni merupakan warna natural, neutral bumi . Coklat melambangkan seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai kesihatan serta fizikal yang baik . Ia merupakan symbol menyenangkan dan kepuasan serta kejujuran . Hah , sapa kat sini suka makan coklat ? Angkat tangan cepat , nak kira berapa orang . Hahaha . Okay , cukup cerita pasal kaler . Kih kih kih . ;)

Jari ni pown dah penat menekan keyboard . So , saya rasa mahu berhenti setakat ni . Ada masa kita berjumpa lagi di post akan datang . Terima kasih jugak sebab sudi baca . Hihi .  ;))

Ada sedikit pantun untuk korang :

Pecah kaca pecah cermin,
Sudah baca tinggalkan lah komen

*err , tapi kaca dengan cermin sama ke ? haha . abaikan .*

28 comments:

  1. kak Fahz suka kaler Hijau & Purple.tahun lepas kebanyakkan baju semua kaler purple.Tahun nie turn hijau pulak.Wah siap bagitau nie ek.jujur la katakan.. :) salam jumaat dear

    ReplyDelete
  2. Salam...best juga tau pasal warna+personaliti tu kan...suka color purple mcm blog nie...tp kadang2 pakai juga color len,hehehhe...by d way,nice purple blog :)

    ReplyDelete
  3. pilih mana ya.... :D


    done follow u :)
    .

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum, akQ.. Luz ska wrna hijau + biru.. hehehehe.. tp byk bju Luz wrna purple.. haha.. daaa.. daa blurr da mn 1 wrna ksukaan Luz.. hehehehe..

    ReplyDelete
  5. Sblm ni sy mmg suka merah dan ijau...tp sejak ni sy suka ungu pulak...ntah kenapa. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengaruh blog akQ Hyda kut.. hehehehe..

      Delete
  6. hahahahaha.... :D

    http://f4ndhy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. aida suka pink.
    eh, mana ada gedikk. hehe ^^

    ReplyDelete
  8. nape akk tak suke warna pink ?? kenapa ?? hahaha .. ingatkan warna pink tak ada tadi .. hehehe .. ouhhh , kesensitifan hati rupenyer .. mueheheh .. nice info ! =D btw , done follow here and komen here .. ngee ~ =D

    ReplyDelete
  9. paling suka warna pink. purple dan merah nombor 2. hehe.

    ReplyDelete
  10. Husna suka warna hijau. purple pun, sama macam akak. hehehe..
    Husna dah follow akak ! Mekasehh follow Husna :D

    ReplyDelete
  11. Suka purple and suka blog purplish ni ^ ^ Done follow .

    ReplyDelete
  12. ini diskriminasi kaler! kaler putih takde! di'anak tiri'kan! isk3x :P

    ReplyDelete
  13. kalau suka warna putih cemana pulak tu dear? hihi :)

    ReplyDelete
  14. hehe . nampaknya kebanyakan yang komen sini pilih n suka warna purple . hihi . harap maaf yer kawan2 , kaler putih ceq lupe nak letak . sorry , dah malas nak betul kan balik . hehehe . takmow sedih2 ye , terutama sekali buat kopi pasta tu . :)

    ReplyDelete
  15. heheh akak suke smua wrna. but the most is purple, merah jambu, kuning, merah, hijau, putih, peach ngee smua nak suke, hitam & coklat pun msuk dlm senarai minat ^____^

    ReplyDelete
  16. saya palinggggg suka warna coklat! kedua-pink.ketiga- purple.hihi

    ReplyDelete
  17. saya suka!saya suka! warna pink . hahah xD

    ReplyDelete
  18. Ungu..kita serupaaa...kita serupaa..heheh! :)

    ReplyDelete
  19. singgah sini dan komen . saya suka biru . hehe

    ReplyDelete
  20. Saya suka warna Coklat Neutral... Best!

    ReplyDelete