Blogger Templates


31 January 2011

~INSYAALLAH versi melayu~

Maher zain InsyaAllah


andainya kau rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu

Insyaallah Insyaallah
Insyaallah ada jalannya
Insyaallah Insyaallah
Insyaallah ada jalannya

andainya dosamu berulang lagi
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru atas kesilapan lalu
membelenggu hati dan fikiranmu
janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu

Insyaallah Insyaallah
Insyaallah ada jalannya
Insyaallah Insyaallah
Insyaallah ada jalannya

kembalilah kepada yang Esa
yakin padaNya panjatkanlah doa
Huu ya Allah bilakah ku dari tersasar
tunjukkan daku ke jalan yang benar
jalan yang benar 3x

Insyaallah Insyaallah
Insyaallah ada jalannya
Insyaallah Insyaallah
Insyaallah ada jalannya









~~haha.. seronok dgr lagu maher zain versi melayu~~

HINGGA HUJUNG NYAWA


Penyanyi: Norliana Samsudin (Reanna)
Tajuk Lirik Lagu: Hingga Hujung Nyawa

Ku berjalan sendirian 
Mengutip dosa silam 
Ku Meniti perjalanan 
Menghitung hari

Apa mungkin ada ruang 
Untukku tebus dosa semalam 
Dan bisakah kan terhapus 
Kenangan yg lalu

Biarku sendiri 
Merawati diri ini 
Walau tiada arah ku temui

Biar ku sendiri 
Melewati hari yg berduri 
Terhukumlah diri 
Tidak ku pasti….

Ohh tuhan.. 
Ampuni segala dosaku 
Tidakku tersesat.. 
Mencari sinar mentari

Oh tuhan ampuni.. 
Segala dosa nan silam 
Tidakku ingini 
Hidup sengsara

Apa masih ada 
Jalan yang hakiki 
Inginku mencari 
Cahaya diri ini..

Hingga hujung nyawa 
Kan ku terus jua 
Menanti serinya 
Pudar permata..

Ku pergi untuk selamanya 
Tinggalkan apa yg ada 
Moga diriku damai di sana.. 
Hingga hujung nyawa

20 January 2011

yes ! report da siap !

alhamdulillah.....


setelah  berhari2, berminggu2 lamenye dok ngadap laptop, laz2 siap gak report praktikal...
huh, ponat yg amat sangat2... hohooo... lega.... pasni bley la dok tumpu kat study lak...
subjek sem ni agak berat la gak sbb xde basic akaun & ekonomi...
tapi takpe, "USAHA TANGGA KEJAYAAN" orait.....
di mana ade kemahuan, di situ la kite kene carik jalannye Ok??


~~~so, mulai dari sekarang, lupakan kisah silam, mulakan hidup baru di tahun yang baru~~~

kenapa kita kentut??

Bunyi macam tak senonoh tapi tu lah hakikatnya, itu rutin kita. So, kita kenalah tahu sebab apa kita kentut. Jangan asyik ingat sebab sakit perut, sebab makan telur, or sebab nak buang air besar. Kentut ni memang tak da cara nak atasi. Nak tak nak kena kentut jugak, tapi control lah sikit.Jangan lepas ikut suka hati je.


Dari mana datang kentut ni?


Pemikiran kita selalu kata kentut datang dari bontot. Tapi sebenarnya, kentut nih berasal dari gas yang kita telan, gas dari darah yang pergi ke usus, gas dari reaksi kimia dan gas yang dijana oleh bakteria dalam usus dan keluar melalui bontot. Bukan lah bontot punca sebenar kentut!


Kenapa kentut yang tak bunyi lagi busuk?


Salah satu sumber kentut ialah bakteria. Respirasi oleh bakteria dan proses pencernaan akan hasilkan haba serta  hasil sampingannya adalah gas busuk. Diameter gelembung gas yang lebih kecil adalah lebih hangat  serta menghasilkan metabolisme bakteria yang berbau busuk. Maksudnya, diameter gas yang kecil, tak hasilkan bunyi cuma hasilkan bau yang  boleh  membunuh.


Berapa banyak kita mampu kentut sehari?


Manusia normal boleh kentut lebih kurang setengah liter sehari ataupun sebanyak 14 kali kentut. Tapi ada je yang kentut tak sampai 14kali kan?


Selain jenis makanan, apa lagi penyebab kentut?


Tertelan udara
Makan terburu-buru
Makan tanpa dikunyah
Naik pesawat udara kerana bila tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut.
Kentut sama ke dengan sendawa, tapi muncul dari lain lain  lubang?


Sebenarnya tak sama. Sendawa datang dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandungi udara lebih banyak, tapi kentut lebih banyak mengandungi  gas yang dihasilkan oleh bakteria.


Kalau kita tahan kentut, mesti kentut tu hilang kan?


Kentut tak hilang tapi akan diserap oleh darah.Kalau kita tahan kentut, gas tu akan beralih ke bahagian atas & menuju ke usus. Nanti bila sampai masa akan kentut jugak. So, kentut tu tak lenyap, tapi delay sikit.


Kentut boleh sebabkan kebakaran, tak percaya?




Kentut mengandungi gas metana dan gas hidrogen yang  boleh menyebabkan kebakaran. Kalau terbakar, nyalaan berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen. Kalau nak try, boleh try kentut depan unggun api.


17 January 2011

Sakit- Antara penghapus dosa dan peningkat darjat-


*sedikit tazkirah berkaitan NASIHAT yang di petik dari laman web http://www.iluvislam.com*
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.
Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.
Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.
Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.
Sakit rohani punca kejahatan
Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.
Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.
"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.
"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.
Taubat menyucikan dosa dan noda
Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.
Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Bila Waktu Telah Berakhir

Artist: Opick
Song Category: Nasyid

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali pada Nya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggal lah sepi

15 January 2011

~SEMALAM~

!!!~HAI, HAI, HAI~!!!

semalam I call u, u tak angkat... eh2, silap pulak daa.. hek3.. ;))

haaa.. nak citer nih, semalam tanpa d rancang, tibe2 je sowg kwn datang la umah ajak p kuar pilah... ktowg outing bertiga (aku, nadia n pa'ie)

konon2nye nak kuar ari nie [sabtu-15jan 2011], tp ktowg outing semalam [jumaat-14jan 2011]....

yg sowg kwn nih ajak p makan kat kFc.. aku pown on jelaaa... mmg da lame xmkn kFc nih...

[hik3.. da lamer ke xmkn cik kak oii... hahaha... menipu bebonar jer...]

*bkn ke time ekau praktikal kt selangor tuh ekau byk kali makan kFc?????

haaa... kantoi sudaaa~!!!

pe pown, ktowg hepi sebab sempena cuti hari keputeraan kat negeri9 nih, dapat la gak outing sambil makan kFc...

hohohohooo....


benda alah kat atas uw aku n si nadia yg order... yg si pa'ie pnye order xdapat nk snap pic sbb dye dah mkn daaa.. hehee.. sowi yer pa'ie.. =P

pas da abeh makan sumer tu, ktowg pown bergerak bertiga2 dari kanan cepat jalan!!!

aik, ni da masok berkawad dah niii.... ape yg aku dok merepek ni?? hahaha...

pastu ktowg p laa kedai fotostat yg ade at pilah uw... kedai fotostat paling murah sekali... selalu gak ktowg fotostat ape2 jer kat situu....

nak tawu ape yg aku fotostat kat situ????



ni la benda alah yang aku nak fotostat tuh...

~soalan2 semester lepas~

penting uwww..... kene fotostat tok blaja~ hik3...

rasenye ni je kot yg nak d celoteh~

~k, assalamualaikum~

tipu??? kenapa???

perlu ke tipu??

nape manusia nie perlu tipu bile dye brsame ngn ssowg tuu, tp dalam mase yg same, dye gak ade owg laen???

nape ek? heran laaa... cube la ckp terus terang dari awal2 lagi dan tolong jangan bagi harapan palsu kat seseowg yg masih setia menanti and masih menyayangi andaa.....

bagoz sgt ke hidop penuh ngan kepalsuan neyh???

tak kesian ke anda2 sumer ni kat mangse2 anda???

......anda telah curang.....


p/s : tolong jangan jadikan seseorang itu mangsa anda~

14 January 2011

.:report ohh report:.

arrrghhhhhh!!!! sangat tension nak siapkan report praktikal nihhhh..... adoyyyaaaiyyy~!!!!!

dah laaa segala nota yg ktowg dapat time praktikal tuh dalam bahasa melayu lak tuuu... 1 keje lagi nak kena tuka dalam bahasa inggeris.....

tapi nasib baek lambat lagi nak submit report nihh... arghhh... tension100x.....
hari2 report, reportreport jeeeekk~!!!


~ni lah tempat praktikal ktowg~

13 January 2011

HeLLoooWWW!!

hye... I'm back!! wah, sume owg d kampus UiTM Kuala Pilah nie balek ke kampong halaman masing2... huhuhuhu... sdey.... nak balek gak... yelaa, Jumaat ni (14 jan 2011) kan cuti sempena hari keputeraan Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan... tp kalow aku balek pown, bknnye nak study pown at umah uw.. maklom laaa, da lumrah la katekn... lgpown nk balek johor tuu amek mase 5 jam.. tu pown kalo naek bas dr pilah laahh.. tp kalo amek bas dari seremban, 3 jam jekk... sbb ikot highway... hohohooo... bese r.. tempat aku study ni arn jaoh d pedalaman, keliling utan n gunung-ganang lak uw... xpe2, janji tempat blaja aku ni selesa and aman... jaoh dr bandar yg boley menyesakkan lagi nafas aku... huhu... aku suke sgt2 tempat aku blaja skang nihhh... dah laa dok kat kawasan utan, dapat hirup udara segar lak uw.. mmg syokk arhhh.... pagi2 time nak pegi kelas je, sejuknye mencengkam hingga ke kalbu... k lah, da takde idea laaa nak citer per... huhuhu.. 

jumpe lagi!!

Baru Melangkah ke Alam Blog~

Assalamualaikum..


hai.. ni 1st time nk cube gune blog.. so, xde byk sgt benda yg nak diceloteh kt dlm ni.. tp harap2, diri ni makin mahir dlm mnggunekan blog nih.. hohoho.. maklum lah, owg baru yg nk cube berblogging ni.. bkn pe, tgk owg laen pnye blog, tringin gak nk ade blog sndiri kn.. haha.. ok, sampai cni je coleteh sy ni.. anytime, I akan create post laen k... 

~saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan~