Jika kamu memancing ikan , setelah ikan itu terlekat di mata kail , hendaklah kamu mengambil ikan itu , janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja . Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup . Begitulah juga setelah kamu yang memberi banyak pengharapan kepada seseorang , setelah ia mulai menyayangimu , hendaklah kamu menjaga hatinya , janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja . Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu , dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia masih mengingatimu .
.:Love is Cinta:.
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya . Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda .
No comments:
Post a Comment